Monday, June 7, 2010

Bunga Orkid : Kemanisan Hari Ini, Kenangan Di Hari Esok



BUNGA ORKID merupakan bunga yang sangat sukar untuk mengeluarkan bunga. Tetapi bila mengeluarkan bunga ketahanannya boleh mencecah hampir sebulan. Bunga Orkid tidak seperti bunga lain yang mudah mengeluarkan bunga contohnya seperti bunga kertas yang boleh dikatakan berbunga sepanjang musim. Bagi peminat bunga Orkid akan menunggu dengan sabar dan semangat untuk melihat hari bermakna bunga Orkid peliharaan mengeluarkan bunga. Jagaan demi jagaan di lakukan untuk menjaga dengan penuh perhatian.


Manusia.
 Adakah manusia juga seperti bunga Orkid.
Bagi Ibu bapa yang memdidik anak - anak dengan penuh kesabaran akan menunggu saat kemanisan anak-anak mencapai kejayaan. 
Sedangkan bunga yang di sayang di jaga rapi apatah lagi manusia yang bernama anak " ditatang bagai minyak yang penuh".
Itu lah kasih sayang ibu dan bapa kepada anak.

Bunga Orkid memang memerlukan penjagaan yang sangat rapi. Tidak seperti bunga lain di tanam menggunakan medium tanah, tetapi bunga orkid perlu diletakkan arang, serpihan batu bata dan sabut kelapa. Bagi saya arang senang untuk di dapati kerana boleh di dapati di pasaran. Untuk mendapatkan serpihan batu bata pula tidak ada di pasaran. Bertungkus-lumuslah saya mencari bata merah atau pasu yang telah pecah. Bukan sahaja setakat mencari malah setelah dikumpulkan saya akan mengambil penukul besi dan mengetuk bata merah atau pasu yang telah pecah kepada serpihan-serpihan kecil untuk santapan bunga orkid semata. Sabut juga saya kumpul sedikit demi sedikit dengan membelinya daripada penjual santan di pasar. Semuanya saya lakukan untuk Bunga Orkid saya.   


Ibu bapa akan lakukan apa sahaja kepada anaknya untuk hidup selesa dengan menyediakan segala kemudahan yang termampu.
 Pastinya pedidikan awal diberikan seawal usia 7 tahun.
Tidak cukup dengan itu diberikan pendidikan di sekolah agama pula.
Mencecah usia remaja di hantar pula ke sekolah menengah serta di sulami pula dengan kelas tambahan.
Semua pengorbanan di lakukan kerana anak yang tercinta. Susah payah dan perit getir di lalui demi membesarkan anak yang tercinta. 


Sukarnya menjaga Bunga Orkid jika dibandingkan dengan bunga lain di nursery saya. Tetapi kerana tanggungjawab, saya tetap melakukannya walaupun sukar. Di letak di bawah lindungan agar tidak terkena pancaran matahari yang terlalu terik. Saya masih menunggu dengan sabar dan banyak pertanyaan di benak fikiran saya di saat melihat dan membelai orkid yang masih tidak mengeluarkan bunga.

Bagaimanakah bentuk bunga yang akan terhasil ?
Warna apakah yang akan dihasilkan ?
Cantikkah bila mengeluarkan bunga kelak ?

Akan saya tunggu denga hati yang tenang di saat kemanisan orkid peliharaan mengeluarkan bunga buat kali pertama. Bagi saya itu lah saat kemanisan yang ditunggu selama ini.


Apa yang tidak di berikan kepada anak yang di sayang.
Pendidikanlah yang utama bagi ibu bapa.
Kerana dengan pendidikan dapat mengubah nasib seseorang.
Allah S.W.T menguji manusia di bumi dengan berasaskan pendidikan nasib seseorang dapat diubah dan segalanya terpulang kepada Allah S.W.T.
Sekiranya disertai keberkatanNYA maka berjayalah seseorang.
Anak semakin dewasa dan ibu bapa menunggu saat - saat kemanisan yang akan diberikan oleh anak. Bermain di fikiran ibu dan bapa :

Adakah anak aku akan berjaya ?
Adakah aku mencorakknya dengan baik ?

Saat kemanisan akan tiba apabila anak - anak dapat mencapai cita - cita  yang menggunung tinggi. Itulah saat yang ditunggu setiap ibu bapa di dunia ini.

Ya Allah.... Alhamdulilah hari yang saya tunggu telah pun tiba. Nikmatnya mata saya dapat melihat bunga Orkid berwarna ungu muda yang sangat cantik. Kelopak bunga yang sangat cantik. Enam kelopak setiap bunga malah bukan itu sahaja terdapat bau yang sangat di senangi. Inilah hari yang ditunggu. Tersenyum saya sepanjang hari dan kemanisan yang diberikan oleh Allah S.W.T akan bersemadi di dalam ingatan saya sepanjang kehidupan ini.


Bahagianya sepasang ibu bapa apabila melihat anaknya telah mencapai cita-cita. Mungkin segulung ijazah, berjawatan dalam jabatan kerajaan atau swasta. Alhamdulillah. Itulah rezeki Allah S.W.T kepada hamba yang bersabar dan mendidik anak menggunakan saluran yang betul. Saat menerima ijazah, dinaikkan pangkat atau sebagainya meupakan kemanisan di dalan kehidupan. Dan usah dilupa kepada saat - saat kemanisan itu kerana KEMANISAN HARI INI, KENANGAN DI HARI ESOK  











Sunday, June 6, 2010

Bunga Kertas : Kehidupan Umpama Roda



BUNGA KERTAS merupakan bunga kebiasaan yang mudah ditanam  dan dapat di lihat di seluruh kebanyakan tempat. Mempunyai pelbagai warna bunga serta kelopak bunga atau bentuk bunganya berbeza tetapi namanya tetap sama. Melihat saya di luar jendela memerhatikan barisan pokok bunga kertas di dalam polibeg di susun rapi di atas pelantar kayu. Pemandangan saya terus dilontarkan lebih kehadapan dan apa yang saya lihat pula adalah barisan pokok bunga kertas di dalam pasu. Perbezaan dapat dilihat oleh kerana bekas penanaman yang berbeza tetapi apa yang dapat dilihat oleh mata hati dan yang membezakannya adalah kesuburan. Saya pun memikirkan perbezaan ini  dan dibenak fikiran saya terdetik:


"Mengapa bunga kertas di dalam pasu kelihatan subur serta mempunyai bunga dan daun yang banyak, sedangkan bunga kertas di dalam polibeg pula tidak begitu subur dengan tiada bunga dan tiada daun.
Jika ada bunga pun,  hanya menghitung saat untuk gugur.
Sangat daif bunga kertas di dalam polibeg jika dibandingkan dengan bunga kertas di dalam pasu".


Bila di fikirkan dengan menggunakan kewarasan akal manusia dan suratan dari apa yang saya lihat mungkin Allah S.W.T cuba menunjukkan kepada saya tentang persamaan dan perbezaan manusia. Hakikatnya manusia itu sama sahaja. Manusia tetap manusia walau setinggi mana pencapaian yang dilakukannya di dalam hidup ini. Manusia yang mempunyai darjat, pangkat, harta, dan nama di dunia ini serta bersemangat menjalani kehidupan umpama bunga kertas yang di tanam di dalam pasu disanjung tinggi kerana keindahannya. Manakala manusia yang biasa dan tiada apa-apa diumpamakan seperti bunga kertas di dalam polibeg yang hanya menunggu masa rebah ke bumi. Menjadi adat manusia di muka bumi ini yang indah dipuja yang buruk di hina.


Tetapi tidak selamanya bunga kertas di dalam polibeg akan kekal di dalam polibeg dan tidak selamanya bunga kertas di dalam pasu akan sentiasa di dalam pasu.
Mungkin tuah bunga kertas di dalam polibeg yang uzur di salin ke dalam pasu yang sangat cantik rupanya.
Itulah yang di katakan berkat dari Allah S.W.T di atas ketahanannya memperjuangkan hayatnya daripada terik panas dan serangga yang menyerang.


Jangan di hina manusia yang daif di dunia ini.
Mereka juga layak untuk di sanjung. Rezeki Allah S.W.T ada untuk semua manusia.
Begitu juga manusia yang daif, ada ketika mereka juga memperoleh kejayaan di atas kehinaan yang diberikan.
Segala dugaan yang di beri Allah S.W.T dilalui dengan hati yang tabah sekali dan Allah S.W.T membalasnya dengan ganjaran kekayaan.
Alhamdulillah.... itulah ganjaran Allah S.W.T pada yang mempunyai sifat sabar.


Bunga kertas di dalam pasu di beli oleh pelanggan yang agak berada. Di beli dan di letakkan di tamannya yang mempunyai pelbagai pokok menarik dan indah. Lebih cantik, lebih tinggi, dan segalanya lebih dari bunga kertas dalam pasu. Sedikit demi sedikit semangat bunga kertas makin pudar. Bunganya yang cantik semakin hari semakin gugur dan begitu juga dengan daunnya. Sehingga tiba dan tikaanya bunga kertas hanya tinggal batang kayunya seperti pokok bunga kertas di dalam polibeg. 


Adakalanya manusia yang berada di atas di sanjung dan di puja akan merasa saat dan ketikanya berada di bawah.
Mungkin ini adalah ujian Allah S.W.T pada hambanya.
Usah di salahkan takdir atau apa sahaja kerana Allah S.W.T melakukan kejadian adalah untuk kebaikan manusia itu sendiri.
Jadi beringatlah sama ada kita berada di atas atau di bawah kerana setiap manusia akan merasakan keadaan itu.
 Dan mengertilah bahawa KEHIDUPAN UMPAMA RODA



Friday, June 4, 2010

Pokok Birah : Tiada Yang Sempurna

Jenis - jenis Pokok Birah

POKOK BIRAH sangat cantik bagi pandangan mata saya. Saya merasakan pokok ini adalah pokok berdaun yang paling sempurna yang dicipta oleh Allah S.W.T. Daunnya yang besar dan lebar serta di kayakan dengan warna hijau yang memukau. Sungguh cantik dan sempurna. Setiap kali memulakan tugas di nursery pokok ini lah yang pertama menghiasi penglihatan mata saya. Bukan sekadar di lihat begitu saja, malah saya akan menyentuh daunnya di hujung jari. Betapa sempurna pokok ini bila berada di depan mata dan kadang-kadang bila saya lihat pokok ini memberikan kepada saya inspirasi kegembiraan dan kedamaian di dalam hati saya. Itulah anugerah Allah S.W.T kepada manusia jika berbuat baik terhadap tumbuhan yang diciptakannya. Mungkin anda juga penah mengalami perasaan yang sama seperti saya. Tapi perlu diingat:


"Perasaan yang memberi inspirasi ini datangnya daripada tumbuhan"
Namun inspirasi juga datang daripada manusia......... Contohnya pasangan bercinta.  Setiap pagi bangun dari tidur dan orang pertama yang di lihat adalah suami/isteri dan itulah inspirasi pasangan bagi memulakan hari baru dalam menjalani kehidupan yang seterusnya.
Ikatan yang sah mewujudkan inspirasi yang bermakna kepada pasangan
Bermakna yang belum berumahtangga tak ada inspirasi ke ?
Untuk yang belum ada masjid berinspirasilah dengan alam ciptaan Allah S.W.T
Insyaallah mendapat ganjaran.


Begitulah inspirasi yang saya dapat dengan hanya melihat pokok birah dan juga pokok lain. Terasa Pokok Birahlah yang paling sempurna. Bila saya buat kajian dan pembacaan yang mendalam tentang pokok Birah dan saya mendapat satu maklumat yang amat menyedih. Pokok yang disangkakan sempurna rupanya mempunyai bahaya.


Begitu juga manusia, bagi pasangan bercinta segalanya sempurna belaka di awal alam percintaan.
Makin lama berkawan dan menyelami isi hatinya rupanya pasangan juga ada ketidaksempurnaannya. Semua manusia tidak sempurna dan hakikat ini perlu diterima. Jika tidak diterima retakklah hubungan antara pasangan.


Sedangkan pasangan masing-masing menerima ketidaksempurnaan dan atas dasar ini maka Pokok Birah tetap dihati saya. Walaupun bahaya tetap menjadi pujaan hati saya. Pokok yang sangat saya sayang dan turut memberi inspirasi ini boleh memudaratkan kesihatan saya. Secara fakta Pokok Birah mempunyai sejenis racun yang ada pada daunnya. Racun yang dikeluarkan Pokok Birah ini boleh menghalang penglihatan yang terang sekiranya terkena mata. Ini bermaksud Pokok Birah membahayakan. Walaupun itu adalah fakta yang saya temui tetapi Pokok Birah tetap di hati.


Bagaimana pula dengan manusia yang mempunyai ketidaksempurnaan dan ketidaksempurnaan itu mendatangkan mudarat pada diri anda.
Adakah anda masih menerima seadanya ?
Inginkah  anda menanggung segala akibatnya ? Seperti racun Pokok Birah.
Itulah inspirasi. Walau apa jua ketidaksempurnaanya anda tetap sayang dan letak di lubuk hati yang paling dalam.
Kerana anda berpegang pada satu prinsip TIADA YANG SEMPURNA


Penjagaan dan semaian Pokok Birah

Pokok Birah merupakan pokok yang sangat mudah untuk disemai dan juga dijaga. Letak pokok Birah dikawasan yang mempunyai teduhan kerana daunnya akan lecur atau kering jika cuaca terlalu panas. Sekiranya Pokok Birah anda sudah membesar dengan ketinggian 2 kaki yang menampakkan batangnya, anda boleh memotong batangnya kepada beberapa bahagian. Pemotongan lebih kurang 3 inci bg setiap potong. dan masukkan potongan tadi ke dalam polibeg dan hasil semaian akan dapat dilihat dalam tempoh sebulan. Bagi Pokok Birah yang telah dipotong batangnya tadi masukkan ke dalam pasu baru.

Pertanian adalah Perniagaan Bhg 2 (Liku - Liku Kehidupan)

KESABARAN........ Itulah yang menjadi pegangan di dalam hidup saya. Di dalam kesusahan masih terpancar wajah keceriaan, di dalam keperitan masih memiliki kemanisan kebahagian. Hanya diri ini yang memahami apa itu kesusahan, keperitan, kesengsaraan, kesedihan, keharuan serta kepenatan di dalam memperjuangkan masa hadapan anak cucu akan datang. Tiada kata - kata yang dapat saya terjemahkan untuk memberitahu perasaan saya dan hanya hati memahami segalanya. Itulah usaha demi usaha tanpa mengenal penat lelah. Episod penat lelah hidup berbakti kepada tanah, berjemur di panas terik mentari telah beransur menjadi tenang dan episod pencarian lokasi perniagaan telah bermula.  Pencarian lokasi untuk mewujudkan   sebuah nurseri semaian menjadi idaman kerana hasil usaha berbakti kepada tanah telah membuahkan hasil.... Syukur ini lah rezeki Allah S.W.T kepada saya ketika itu. Keperitan yang dilalui disulami juga kemanisan hidup dengan rezeki yang diberi. Pencarian dimulakan dengan membuat permohonan di Pejabat Tanah dan keputusan yang amat menghibakan apabila tiada kelulusan diberikan walaupun tanah yang dipohon itu masih kosong. Saya menerima seadanya apa jua alasan yang diberi dan berkemungkinan Allah S.W.T telah menetapkan sesuatu tempat untuk saya. Bertanya ke sana sini tetapi masih menemui jalan buntu. Hati yang lara ini di pujuk dengan kata - kata semangat mungkin ini dugaan yang diberikan Allah S.W.T dan saya percaya kesusahan yang diberikan ini akan diberikan ganjaran pada masa akan datang. 

Sehingga tiba pada suatu hari yang sangat bermakna dalam hidup saya di hari yang sangat mulia di sisi Allah S.W.T iaitu pada MALAM JUMAAT saya dikunjungi oleh seorang hamba Allah S.W.T. Pada mulanya saya agak tertanya - tanya apakah tujuan kunjungan orang yang tidak dikenali ke rumah saya adakah berita gembira atau buruk yang bakal saya terima. Hamba Allah S.W.T ini memperkenalkan diri kepada saya dan memaklumkan bahawa dia adalah pihak dari masjid yang terdekad. Pengerusi Masjid agak saya. Dengan hati yang berdebar kami bersembang perkara biasa untuk merapatkan hubungan sesama muslim dan tujuan kedatangan masih menjadi tanda tanya kepada saya. Dan sampai ke saat yang ditunggu Hamba Allah S.W.T itu memulakan perbincangan tujuan kedatangannya ke rumah saya. 

BERSAMBUNG.................... 

Wednesday, June 2, 2010

Ros Sayangku

ROS atau MAWAR sejenis bunga yang sangat diminati lapisan masyarakat dan ada yang menjadikan Ros sebagai bunga yang melambangkan CINTA....WOW.... Hebatnya penangan Ros di dunia hari ini. Ros merupakan lambang cinta yang tidak ternilai kepada pasangannya dan merupakan satu perkara yang sangat suci hatinya seperti Ros yang begitu indah dan cantik dan selalunya Ros diberikan kepada pasangan perempuannya. Tetapi lama kelamaan Ros akan jatuh kelopak demi kelopak. Persoalan yang akan timbul adalah :

"Adakah cinta jejaka jua akan pudar sedikit demi sedikit seperti Ros tadi.... alamak biar betul!...." 

Adakah cinta manusia itu boleh disamakan dengan bunga Ros. Namun begitu ini hanyalah perlambangan yang diberikan kepada ros ke atas pasangan yang bercinta: Di sini saya cuba memberi tafsiran kepada bunga Ros terhadap perlambangan bagi pasangan yang berkasih.

Pertama : Warna Merah Ros
Melambangkan kekuatan cinta pasangan yang mempunyai cemistry yang sama. Oops! Betul ke ni....... Jika tiada tarikan cemistry ini maka, tidak bersamalah pasangan tersebut dan begitu juga dengan Ros. Warna Merah yang menyala merupakan satu tarikan untuk mendapatkan Ros. Warna merah juga melambangkan betapa agungnya cinta serta kekuatan pasangan dalam menghadapi segala dugaan bercinta.

Kedua : Bau yang Mengasyikkan
Seorang wanita muda mendapat sejambak bunga Ros yang diberikan oleh kekasih hatinya. Dan perkara pertama yang dilakukan oleh wanita muda itu apabila mendapat bunga tersebut adalah? Apakah yang wanita muda itu lakukan terhadap bunga itu ? Pasti anda pun tau bukan. Tak kira sesiapa saja yang mendapat bunga Ros akan melakukan perkara yang sama. Bau yang ada pada bunga ros menyatukan hati pasangan serta dapat mengembirakan pasangan yang mendapat bunga dan yang memberi bunga.... Begitu hebat aura bunga Ros pada manusia....

Jika nak dikupas satu persatu mengenai Ros mungkin tak habis kot sampai esok. Bak kata saya, alam percintaan indah belaka seperti Bunga Ros yang sedang berkembang dan apabila berlaku malapetaka dalam perhubungan maka suasana yang diibaratkan adalah Kelayuan bunga ros. Kasihan Bunga Ros.......

Bukan sengaja disamakan diantara pasangan dengan bunga Ros tetapi sifat Ros itu sendiri yang begitu lembut dan perlu dibelai seperti pasangan yang lebih afdal suami isteri lah.

PENJAGAAN BUNGA ROS

Ramai pengemar Ros rasa jemu untuk menanam bunga ros disebabkan sukar untuk dijaga dan mati layu walaupun di jaga. sebenarnya bunga Ros ini merupakan bunga yang sangat manja dan perlu dibelai setiap masa. Untuk memastikan pertumbuhan yang sihat bagi bunga Ros adalah dengan menjaga serapi mungkin terhadap segala aspek termasuk penyiraman, persekitaran, penyemaian dan sebagainya.
OK, sekarang saya akan berikan sedikit tips penanaman bunga yang manja ini. Bunga Ros boleh hidup dengan keratan batang. Ambil keratan batang dan celup ke dalam cecair penggalak akar dan kemudian semai keratan bunga Ros dalam polibeg. Kemudian ambil plastik beg yang lut sinar dan tutupkan keratan batang bunga Ros sekali dengan polibeg. Statikkan dengan getah.  Biarkan sehingga keratan batang itu mengeluarkan daun pertama lebih kurang 3 inci dan boleh dipindahkan ke dalam bekas yang anda ingini seperti pasu. Selama penyemaian di dalam pasu pastikan tiada tumbuhan lain yang mendekati bunga Ros anda kerana akar bunga Ros terlalu sensitif untuk bersentuhan dengan akar pokok tumpang lain. Penyiraman seperti biasa. Sekiranya anda mengikuti kesemua langkah ini insyaallah Ros Sayangku akan mengeluarkan bunga yang melambangkan cinta yang tidak ternilai.



Tuesday, May 25, 2010

Pertanian adalah Perniagaan Bhg 1 (Liku - Liku Kehidupan)

" Pertanian adalah Perniagaan"
"9/10 rezeki adalah daripada perniagaan"
Ramai manusia dimuka bumi Allah bekerja untuk meneruskan kehidupan yang tak tahu bila akhirnya. Ada yang senang hanya dengan makan gaji dan ada yang lebih senang dengan bekerja sendiri. Walau apa pun pendapat yang penting bergantung kepada pendirian dan keselesaan seseorang dan yang paling penting sebagai umat islam rezeki yang dicari adalah HALAL.
Betul ke 9 daripada 10 rezeki adalah daripada perniagaan?. Mungkin soalan ini patut jawab adalah orang yang mempunyai perniagaan sendiri. Saya juga merupakan seorang usahawan dalam bidang pertanian. Saya percaya apa yang dijanjikan Allah S.W.T yang mencipta manusia. Apa yang dijanjikan Allah S.W.T dapat dicapai sekiranya perniagaan yang dijalankan adalah hasil titik peluh sendiri dan segala saluran yang digunakan adalah saluran yang halal.
Saya bermula menjadi usahawan bermula pada peringkat yang sangat bawah dan daif sekali. Saya menceburi bidang pertanian dan fokus dalam Nursery Bunga dan Landskap Taman bermula dari rumah. Melakukan semaian seorang diri di belakang rumah. Membeli polibeg, tanah, baja dengan kuantiti yang sedikit sahaja memandangkan tiada kemampuan untuk mebeli secara besar - besaran. semaian demi semaian saya lakukan setiap saat, minit, jam dan hari. Berjemur ditengah panas terik matahari demi menjaga semaian agar hidup subur untuk jaminan saya pada masa depan. Pelbagai dugaan dilalui namun hanya kesabaran bertahan dihati.
Bersambung...............................