ROS atau MAWAR sejenis bunga yang sangat diminati lapisan masyarakat dan ada yang menjadikan Ros sebagai bunga yang melambangkan CINTA....WOW.... Hebatnya penangan Ros di dunia hari ini. Ros merupakan lambang cinta yang tidak ternilai kepada pasangannya dan merupakan satu perkara yang sangat suci hatinya seperti Ros yang begitu indah dan cantik dan selalunya Ros diberikan kepada pasangan perempuannya. Tetapi lama kelamaan Ros akan jatuh kelopak demi kelopak. Persoalan yang akan timbul adalah :
"Adakah cinta jejaka jua akan pudar sedikit demi sedikit seperti Ros tadi.... alamak biar betul!...."
Adakah cinta manusia itu boleh disamakan dengan bunga Ros. Namun begitu ini hanyalah perlambangan yang diberikan kepada ros ke atas pasangan yang bercinta: Di sini saya cuba memberi tafsiran kepada bunga Ros terhadap perlambangan bagi pasangan yang berkasih.
Pertama : Warna Merah Ros
Melambangkan kekuatan cinta pasangan yang mempunyai cemistry yang sama. Oops! Betul ke ni....... Jika tiada tarikan cemistry ini maka, tidak bersamalah pasangan tersebut dan begitu juga dengan Ros. Warna Merah yang menyala merupakan satu tarikan untuk mendapatkan Ros. Warna merah juga melambangkan betapa agungnya cinta serta kekuatan pasangan dalam menghadapi segala dugaan bercinta.
Kedua : Bau yang Mengasyikkan
Seorang wanita muda mendapat sejambak bunga Ros yang diberikan oleh kekasih hatinya. Dan perkara pertama yang dilakukan oleh wanita muda itu apabila mendapat bunga tersebut adalah? Apakah yang wanita muda itu lakukan terhadap bunga itu ? Pasti anda pun tau bukan. Tak kira sesiapa saja yang mendapat bunga Ros akan melakukan perkara yang sama. Bau yang ada pada bunga ros menyatukan hati pasangan serta dapat mengembirakan pasangan yang mendapat bunga dan yang memberi bunga.... Begitu hebat aura bunga Ros pada manusia....
Jika nak dikupas satu persatu mengenai Ros mungkin tak habis kot sampai esok. Bak kata saya, alam percintaan indah belaka seperti Bunga Ros yang sedang berkembang dan apabila berlaku malapetaka dalam perhubungan maka suasana yang diibaratkan adalah Kelayuan bunga ros. Kasihan Bunga Ros.......
Bukan sengaja disamakan diantara pasangan dengan bunga Ros tetapi sifat Ros itu sendiri yang begitu lembut dan perlu dibelai seperti pasangan yang lebih afdal suami isteri lah.
PENJAGAAN BUNGA ROS
Ramai pengemar Ros rasa jemu untuk menanam bunga ros disebabkan sukar untuk dijaga dan mati layu walaupun di jaga. sebenarnya bunga Ros ini merupakan bunga yang sangat manja dan perlu dibelai setiap masa. Untuk memastikan pertumbuhan yang sihat bagi bunga Ros adalah dengan menjaga serapi mungkin terhadap segala aspek termasuk penyiraman, persekitaran, penyemaian dan sebagainya.
OK, sekarang saya akan berikan sedikit tips penanaman bunga yang manja ini. Bunga Ros boleh hidup dengan keratan batang. Ambil keratan batang dan celup ke dalam cecair penggalak akar dan kemudian semai keratan bunga Ros dalam polibeg. Kemudian ambil plastik beg yang lut sinar dan tutupkan keratan batang bunga Ros sekali dengan polibeg. Statikkan dengan getah. Biarkan sehingga keratan batang itu mengeluarkan daun pertama lebih kurang 3 inci dan boleh dipindahkan ke dalam bekas yang anda ingini seperti pasu. Selama penyemaian di dalam pasu pastikan tiada tumbuhan lain yang mendekati bunga Ros anda kerana akar bunga Ros terlalu sensitif untuk bersentuhan dengan akar pokok tumpang lain. Penyiraman seperti biasa. Sekiranya anda mengikuti kesemua langkah ini insyaallah Ros Sayangku akan mengeluarkan bunga yang melambangkan cinta yang tidak ternilai.
Salam...
ReplyDeleteEntry yg menarik.. Bunga ros dan Cinta. Bkn senang nk jd pekbun, lbh2 tnm bunga ros. Nak komen lbh2 psl ni pn x arif jgak, cuma utk blog ni blh lg tmbh slide show pic bunga, blh tmbh shoutmix chat, nnti senang nk komen & tnya... Slmt berkebun :-)
Nice......... gabungan bunga dan perasaan manusia......
ReplyDeletethanks untuk as_mah dengan komen anda shoutbox dah diwujudkan......... terima kasih banyak2
ReplyDeleteda jual anak pokok bunga ros x? opie_dihati@yahoo.com
ReplyDelete