KESABARAN........ Itulah yang menjadi pegangan di dalam hidup saya. Di dalam kesusahan masih terpancar wajah keceriaan, di dalam keperitan masih memiliki kemanisan kebahagian. Hanya diri ini yang memahami apa itu kesusahan, keperitan, kesengsaraan, kesedihan, keharuan serta kepenatan di dalam memperjuangkan masa hadapan anak cucu akan datang. Tiada kata - kata yang dapat saya terjemahkan untuk memberitahu perasaan saya dan hanya hati memahami segalanya. Itulah usaha demi usaha tanpa mengenal penat lelah. Episod penat lelah hidup berbakti kepada tanah, berjemur di panas terik mentari telah beransur menjadi tenang dan episod pencarian lokasi perniagaan telah bermula. Pencarian lokasi untuk mewujudkan sebuah nurseri semaian menjadi idaman kerana hasil usaha berbakti kepada tanah telah membuahkan hasil.... Syukur ini lah rezeki Allah S.W.T kepada saya ketika itu. Keperitan yang dilalui disulami juga kemanisan hidup dengan rezeki yang diberi. Pencarian dimulakan dengan membuat permohonan di Pejabat Tanah dan keputusan yang amat menghibakan apabila tiada kelulusan diberikan walaupun tanah yang dipohon itu masih kosong. Saya menerima seadanya apa jua alasan yang diberi dan berkemungkinan Allah S.W.T telah menetapkan sesuatu tempat untuk saya. Bertanya ke sana sini tetapi masih menemui jalan buntu. Hati yang lara ini di pujuk dengan kata - kata semangat mungkin ini dugaan yang diberikan Allah S.W.T dan saya percaya kesusahan yang diberikan ini akan diberikan ganjaran pada masa akan datang.
Sehingga tiba pada suatu hari yang sangat bermakna dalam hidup saya di hari yang sangat mulia di sisi Allah S.W.T iaitu pada MALAM JUMAAT saya dikunjungi oleh seorang hamba Allah S.W.T. Pada mulanya saya agak tertanya - tanya apakah tujuan kunjungan orang yang tidak dikenali ke rumah saya adakah berita gembira atau buruk yang bakal saya terima. Hamba Allah S.W.T ini memperkenalkan diri kepada saya dan memaklumkan bahawa dia adalah pihak dari masjid yang terdekad. Pengerusi Masjid agak saya. Dengan hati yang berdebar kami bersembang perkara biasa untuk merapatkan hubungan sesama muslim dan tujuan kedatangan masih menjadi tanda tanya kepada saya. Dan sampai ke saat yang ditunggu Hamba Allah S.W.T itu memulakan perbincangan tujuan kedatangannya ke rumah saya.
BERSAMBUNG....................
salam,
ReplyDeletex sabor nk bca smbungn cite ni...