Friday, June 4, 2010

Pokok Birah : Tiada Yang Sempurna

Jenis - jenis Pokok Birah

POKOK BIRAH sangat cantik bagi pandangan mata saya. Saya merasakan pokok ini adalah pokok berdaun yang paling sempurna yang dicipta oleh Allah S.W.T. Daunnya yang besar dan lebar serta di kayakan dengan warna hijau yang memukau. Sungguh cantik dan sempurna. Setiap kali memulakan tugas di nursery pokok ini lah yang pertama menghiasi penglihatan mata saya. Bukan sekadar di lihat begitu saja, malah saya akan menyentuh daunnya di hujung jari. Betapa sempurna pokok ini bila berada di depan mata dan kadang-kadang bila saya lihat pokok ini memberikan kepada saya inspirasi kegembiraan dan kedamaian di dalam hati saya. Itulah anugerah Allah S.W.T kepada manusia jika berbuat baik terhadap tumbuhan yang diciptakannya. Mungkin anda juga penah mengalami perasaan yang sama seperti saya. Tapi perlu diingat:


"Perasaan yang memberi inspirasi ini datangnya daripada tumbuhan"
Namun inspirasi juga datang daripada manusia......... Contohnya pasangan bercinta.  Setiap pagi bangun dari tidur dan orang pertama yang di lihat adalah suami/isteri dan itulah inspirasi pasangan bagi memulakan hari baru dalam menjalani kehidupan yang seterusnya.
Ikatan yang sah mewujudkan inspirasi yang bermakna kepada pasangan
Bermakna yang belum berumahtangga tak ada inspirasi ke ?
Untuk yang belum ada masjid berinspirasilah dengan alam ciptaan Allah S.W.T
Insyaallah mendapat ganjaran.


Begitulah inspirasi yang saya dapat dengan hanya melihat pokok birah dan juga pokok lain. Terasa Pokok Birahlah yang paling sempurna. Bila saya buat kajian dan pembacaan yang mendalam tentang pokok Birah dan saya mendapat satu maklumat yang amat menyedih. Pokok yang disangkakan sempurna rupanya mempunyai bahaya.


Begitu juga manusia, bagi pasangan bercinta segalanya sempurna belaka di awal alam percintaan.
Makin lama berkawan dan menyelami isi hatinya rupanya pasangan juga ada ketidaksempurnaannya. Semua manusia tidak sempurna dan hakikat ini perlu diterima. Jika tidak diterima retakklah hubungan antara pasangan.


Sedangkan pasangan masing-masing menerima ketidaksempurnaan dan atas dasar ini maka Pokok Birah tetap dihati saya. Walaupun bahaya tetap menjadi pujaan hati saya. Pokok yang sangat saya sayang dan turut memberi inspirasi ini boleh memudaratkan kesihatan saya. Secara fakta Pokok Birah mempunyai sejenis racun yang ada pada daunnya. Racun yang dikeluarkan Pokok Birah ini boleh menghalang penglihatan yang terang sekiranya terkena mata. Ini bermaksud Pokok Birah membahayakan. Walaupun itu adalah fakta yang saya temui tetapi Pokok Birah tetap di hati.


Bagaimana pula dengan manusia yang mempunyai ketidaksempurnaan dan ketidaksempurnaan itu mendatangkan mudarat pada diri anda.
Adakah anda masih menerima seadanya ?
Inginkah  anda menanggung segala akibatnya ? Seperti racun Pokok Birah.
Itulah inspirasi. Walau apa jua ketidaksempurnaanya anda tetap sayang dan letak di lubuk hati yang paling dalam.
Kerana anda berpegang pada satu prinsip TIADA YANG SEMPURNA


Penjagaan dan semaian Pokok Birah

Pokok Birah merupakan pokok yang sangat mudah untuk disemai dan juga dijaga. Letak pokok Birah dikawasan yang mempunyai teduhan kerana daunnya akan lecur atau kering jika cuaca terlalu panas. Sekiranya Pokok Birah anda sudah membesar dengan ketinggian 2 kaki yang menampakkan batangnya, anda boleh memotong batangnya kepada beberapa bahagian. Pemotongan lebih kurang 3 inci bg setiap potong. dan masukkan potongan tadi ke dalam polibeg dan hasil semaian akan dapat dilihat dalam tempoh sebulan. Bagi Pokok Birah yang telah dipotong batangnya tadi masukkan ke dalam pasu baru.

No comments:

Post a Comment

Bongsai Menarik Hati Tertawan,
Ros Lambang Cinta Pasangan,
Komen Diberi Menjadi Panduan,
Perbaiki Diri Di Masa Hadapan.

Pokok Birah Bunga Keladi,
Bunga Kemboja Pokok Pinang Tinggi,
Terima Kasih Daun Keladi,
Ada Masa Komen Lagi.