BUNGA ORKID merupakan bunga yang sangat sukar untuk mengeluarkan bunga. Tetapi bila mengeluarkan bunga ketahanannya boleh mencecah hampir sebulan. Bunga Orkid tidak seperti bunga lain yang mudah mengeluarkan bunga contohnya seperti bunga kertas yang boleh dikatakan berbunga sepanjang musim. Bagi peminat bunga Orkid akan menunggu dengan sabar dan semangat untuk melihat hari bermakna bunga Orkid peliharaan mengeluarkan bunga. Jagaan demi jagaan di lakukan untuk menjaga dengan penuh perhatian.
Manusia.
Adakah manusia juga seperti bunga Orkid.
Bagi Ibu bapa yang memdidik anak - anak dengan penuh kesabaran akan menunggu saat kemanisan anak-anak mencapai kejayaan.
Sedangkan bunga yang di sayang di jaga rapi apatah lagi manusia yang bernama anak " ditatang bagai minyak yang penuh".
Itu lah kasih sayang ibu dan bapa kepada anak.
Bunga Orkid memang memerlukan penjagaan yang sangat rapi. Tidak seperti bunga lain di tanam menggunakan medium tanah, tetapi bunga orkid perlu diletakkan arang, serpihan batu bata dan sabut kelapa. Bagi saya arang senang untuk di dapati kerana boleh di dapati di pasaran. Untuk mendapatkan serpihan batu bata pula tidak ada di pasaran. Bertungkus-lumuslah saya mencari bata merah atau pasu yang telah pecah. Bukan sahaja setakat mencari malah setelah dikumpulkan saya akan mengambil penukul besi dan mengetuk bata merah atau pasu yang telah pecah kepada serpihan-serpihan kecil untuk santapan bunga orkid semata. Sabut juga saya kumpul sedikit demi sedikit dengan membelinya daripada penjual santan di pasar. Semuanya saya lakukan untuk Bunga Orkid saya.
Ibu bapa akan lakukan apa sahaja kepada anaknya untuk hidup selesa dengan menyediakan segala kemudahan yang termampu.
Pastinya pedidikan awal diberikan seawal usia 7 tahun.
Tidak cukup dengan itu diberikan pendidikan di sekolah agama pula.
Mencecah usia remaja di hantar pula ke sekolah menengah serta di sulami pula dengan kelas tambahan.
Semua pengorbanan di lakukan kerana anak yang tercinta. Susah payah dan perit getir di lalui demi membesarkan anak yang tercinta.
Sukarnya menjaga Bunga Orkid jika dibandingkan dengan bunga lain di nursery saya. Tetapi kerana tanggungjawab, saya tetap melakukannya walaupun sukar. Di letak di bawah lindungan agar tidak terkena pancaran matahari yang terlalu terik. Saya masih menunggu dengan sabar dan banyak pertanyaan di benak fikiran saya di saat melihat dan membelai orkid yang masih tidak mengeluarkan bunga.
Bagaimanakah bentuk bunga yang akan terhasil ?
Warna apakah yang akan dihasilkan ?
Cantikkah bila mengeluarkan bunga kelak ?
Akan saya tunggu denga hati yang tenang di saat kemanisan orkid peliharaan mengeluarkan bunga buat kali pertama. Bagi saya itu lah saat kemanisan yang ditunggu selama ini.
Apa yang tidak di berikan kepada anak yang di sayang.
Pendidikanlah yang utama bagi ibu bapa.
Kerana dengan pendidikan dapat mengubah nasib seseorang.
Allah S.W.T menguji manusia di bumi dengan berasaskan pendidikan nasib seseorang dapat diubah dan segalanya terpulang kepada Allah S.W.T.
Sekiranya disertai keberkatanNYA maka berjayalah seseorang.
Anak semakin dewasa dan ibu bapa menunggu saat - saat kemanisan yang akan diberikan oleh anak. Bermain di fikiran ibu dan bapa :
Adakah anak aku akan berjaya ?
Adakah aku mencorakknya dengan baik ?
Saat kemanisan akan tiba apabila anak - anak dapat mencapai cita - cita yang menggunung tinggi. Itulah saat yang ditunggu setiap ibu bapa di dunia ini.
Ya Allah.... Alhamdulilah hari yang saya tunggu telah pun tiba. Nikmatnya mata saya dapat melihat bunga Orkid berwarna ungu muda yang sangat cantik. Kelopak bunga yang sangat cantik. Enam kelopak setiap bunga malah bukan itu sahaja terdapat bau yang sangat di senangi. Inilah hari yang ditunggu. Tersenyum saya sepanjang hari dan kemanisan yang diberikan oleh Allah S.W.T akan bersemadi di dalam ingatan saya sepanjang kehidupan ini.
Bahagianya sepasang ibu bapa apabila melihat anaknya telah mencapai cita-cita. Mungkin segulung ijazah, berjawatan dalam jabatan kerajaan atau swasta. Alhamdulillah. Itulah rezeki Allah S.W.T kepada hamba yang bersabar dan mendidik anak menggunakan saluran yang betul. Saat menerima ijazah, dinaikkan pangkat atau sebagainya meupakan kemanisan di dalan kehidupan. Dan usah dilupa kepada saat - saat kemanisan itu kerana KEMANISAN HARI INI, KENANGAN DI HARI ESOK