Sunday, June 6, 2010

Bunga Kertas : Kehidupan Umpama Roda



BUNGA KERTAS merupakan bunga kebiasaan yang mudah ditanam  dan dapat di lihat di seluruh kebanyakan tempat. Mempunyai pelbagai warna bunga serta kelopak bunga atau bentuk bunganya berbeza tetapi namanya tetap sama. Melihat saya di luar jendela memerhatikan barisan pokok bunga kertas di dalam polibeg di susun rapi di atas pelantar kayu. Pemandangan saya terus dilontarkan lebih kehadapan dan apa yang saya lihat pula adalah barisan pokok bunga kertas di dalam pasu. Perbezaan dapat dilihat oleh kerana bekas penanaman yang berbeza tetapi apa yang dapat dilihat oleh mata hati dan yang membezakannya adalah kesuburan. Saya pun memikirkan perbezaan ini  dan dibenak fikiran saya terdetik:


"Mengapa bunga kertas di dalam pasu kelihatan subur serta mempunyai bunga dan daun yang banyak, sedangkan bunga kertas di dalam polibeg pula tidak begitu subur dengan tiada bunga dan tiada daun.
Jika ada bunga pun,  hanya menghitung saat untuk gugur.
Sangat daif bunga kertas di dalam polibeg jika dibandingkan dengan bunga kertas di dalam pasu".


Bila di fikirkan dengan menggunakan kewarasan akal manusia dan suratan dari apa yang saya lihat mungkin Allah S.W.T cuba menunjukkan kepada saya tentang persamaan dan perbezaan manusia. Hakikatnya manusia itu sama sahaja. Manusia tetap manusia walau setinggi mana pencapaian yang dilakukannya di dalam hidup ini. Manusia yang mempunyai darjat, pangkat, harta, dan nama di dunia ini serta bersemangat menjalani kehidupan umpama bunga kertas yang di tanam di dalam pasu disanjung tinggi kerana keindahannya. Manakala manusia yang biasa dan tiada apa-apa diumpamakan seperti bunga kertas di dalam polibeg yang hanya menunggu masa rebah ke bumi. Menjadi adat manusia di muka bumi ini yang indah dipuja yang buruk di hina.


Tetapi tidak selamanya bunga kertas di dalam polibeg akan kekal di dalam polibeg dan tidak selamanya bunga kertas di dalam pasu akan sentiasa di dalam pasu.
Mungkin tuah bunga kertas di dalam polibeg yang uzur di salin ke dalam pasu yang sangat cantik rupanya.
Itulah yang di katakan berkat dari Allah S.W.T di atas ketahanannya memperjuangkan hayatnya daripada terik panas dan serangga yang menyerang.


Jangan di hina manusia yang daif di dunia ini.
Mereka juga layak untuk di sanjung. Rezeki Allah S.W.T ada untuk semua manusia.
Begitu juga manusia yang daif, ada ketika mereka juga memperoleh kejayaan di atas kehinaan yang diberikan.
Segala dugaan yang di beri Allah S.W.T dilalui dengan hati yang tabah sekali dan Allah S.W.T membalasnya dengan ganjaran kekayaan.
Alhamdulillah.... itulah ganjaran Allah S.W.T pada yang mempunyai sifat sabar.


Bunga kertas di dalam pasu di beli oleh pelanggan yang agak berada. Di beli dan di letakkan di tamannya yang mempunyai pelbagai pokok menarik dan indah. Lebih cantik, lebih tinggi, dan segalanya lebih dari bunga kertas dalam pasu. Sedikit demi sedikit semangat bunga kertas makin pudar. Bunganya yang cantik semakin hari semakin gugur dan begitu juga dengan daunnya. Sehingga tiba dan tikaanya bunga kertas hanya tinggal batang kayunya seperti pokok bunga kertas di dalam polibeg. 


Adakalanya manusia yang berada di atas di sanjung dan di puja akan merasa saat dan ketikanya berada di bawah.
Mungkin ini adalah ujian Allah S.W.T pada hambanya.
Usah di salahkan takdir atau apa sahaja kerana Allah S.W.T melakukan kejadian adalah untuk kebaikan manusia itu sendiri.
Jadi beringatlah sama ada kita berada di atas atau di bawah kerana setiap manusia akan merasakan keadaan itu.
 Dan mengertilah bahawa KEHIDUPAN UMPAMA RODA



3 comments:

Bongsai Menarik Hati Tertawan,
Ros Lambang Cinta Pasangan,
Komen Diberi Menjadi Panduan,
Perbaiki Diri Di Masa Hadapan.

Pokok Birah Bunga Keladi,
Bunga Kemboja Pokok Pinang Tinggi,
Terima Kasih Daun Keladi,
Ada Masa Komen Lagi.